Fakta Menarik Berniaga Dipasar Malam
Jika anda mencari cara untuk menambah pendapatan atau berhenti dari perkerjaan yang sedia ada
tetapi kurang jelas tentang perniagaan yang ingin diceburi,perniagaan pasar
malam adalah pilihan terbaik . Perniagaan pasar malam adalah tempat dimana anda
boleh menjual pelbagai barangan yang pastinya ada pembeli bagi setiap produk
jualan anda. Terdapat pelbagai pilihan
yang boleh didapati di pasar malam yang terdiri daripada makanan,hasil
seni,pakaian,mainan dan peralatan. Dengan pemahaman yang teliti dan kajian
,anda boleh memilih mana-mana tawaran yang berpotensi dan boleh memberi anda
hasil pendapatan stabil berbanding dari perniagaan yang lain.
Faedah Memiliki Perniagaan Pasar Malam
Memulakan perniagaan sendiri boleh menjadi sesuatu yang
rumit dan kesukaran membuat
keputusan. Manakala perniagaaan pasar
malam antara perniagaan yang berpotensi ,mudah dan
mempunyai pelanggan yang tetap. Antara kebaikan perniagaan pasar malam ialah :
·
Pasar malam boleh dimulai dari pukul 4 petang
atau 6 petang. Malah ada juga peniaga yang hadir selewat jam 7. Berniaga
sendiri, waktunya agak fleksibel dan anda tidak perlu berhenti kerja.
·
Perniagaan pasar malam tidak memerlukan kos yang
tinggi,kurang pengawasan dan kurang tekanan untuk anda meniaga hasil usaha
anda. Anda juga ditemani ramai peniaga dan tidak memerlukan teknik pemasaran kerana
pasar malam sendiri adalah penariknya.
·
Pasar malam dikunjungi oleh pelawat yang
berbeza-beza taraf hidup ,daripada yang biasa hingga yang berprofil tinggi .
Ini bermakna anda boleh menawarkan sesuatu produk pada harga yang bersesuaian
dengan taraf hidup penduduk sekeliling.
·
Sesetengah tempat pasar malam merupakan lokasi yang strategik dimana pelanggan yang
datang terdiri daripada pemborong dan membawa nilai wang besar. Jika apa yang
anda jual menepati permintaan,anda sudah tentu membuat wang yang banyak.
Kos Modal Permulaan Perniagaan Pasar Malam
Hampir kebanyakan perniagaan bermula dengan kos modal yang
tinggi,tetapi perniagaan pasar malam antara yang memerlukan modal minima.
Anda hanya perlu membayar sewa tapak niaga dan sewa yang dikenakan kebiasaannya mengikut
harian. Ini bermakna, jika anda tidak berniaga pada sesuatu hari, anda tidak
perlu membayar sewa tapak pada hari tersebut.
Potensi Pendapatan Pasar Malam
Perniagaan pasar malam merupakan penjana wang kedua terbaik,jika dibuat dengan penuh
dedikasi hasilnya kelak pasti tidak akan mengecewakan.
Untuk memastikan keuntungan anda meningkat,elakkan pasar
malam yang sudah tepu dengan produk utama pilihan anda. Anda perlu mempunyai
produk unik tersendiri untuk menjadikannya daya tarikan. Pastikan tanda harga anda selari dengan
tawaran barangan lain. Harga yang terlalu tinggi akan menyebabkan pelanggan merasakan anda cuba menipu mereka. Jika produk anda
kurang mendapat sambutan,pastikan pelanggan mendapat harga tertentu atau murah dari
biasa.
Selalu berada dikawasan pasar
malam supaya pelanggan dapat mengecam anda dan akan datang untuk tawaran yang
anda boleh beri pada lain kali. Pada
musim tertentu,pasar malam merupakan tempat yang ideal untuk anda mempamerkan
produk khas seperti baju raya,kuih raya,lemang,aksesori pakaian
dan sebagainya. Selain itu,cara yang lain untuk memaksimakan jualan anda,adalah
dengan membuat lelongan harga murah pada saat akhir jualan . Cara ini merupakan
kaedah tepat mencari pelanggan tetap yang akan membantu kesinambungan
perniagaan pasar malam anda.
Memulakan perniagaan pasar malam boleh menjadi sesuatu yang mengujakan,perniagaan
pasar malam semestinya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan pendapatan
tambahan tanpa memaksa mereka menggunakan wang dan masa yang banyak.