Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Thursday 21 November 2013

Antara fakta menarik berniaga di pasar malam


Fakta Menarik Berniaga Dipasar Malam


Jika anda mencari cara untuk menambah pendapatan atau  berhenti dari perkerjaan yang sedia ada tetapi kurang jelas tentang perniagaan yang ingin diceburi,perniagaan pasar malam adalah pilihan terbaik . Perniagaan pasar malam adalah tempat dimana anda boleh menjual pelbagai barangan yang pastinya ada pembeli bagi setiap produk jualan anda. Terdapat pelbagai  pilihan yang boleh didapati di pasar malam yang terdiri daripada makanan,hasil seni,pakaian,mainan dan peralatan. Dengan pemahaman yang teliti dan kajian ,anda boleh memilih mana-mana tawaran yang berpotensi dan boleh memberi anda hasil pendapatan stabil berbanding dari perniagaan yang lain.

Faedah Memiliki Perniagaan Pasar Malam


Memulakan perniagaan sendiri boleh menjadi sesuatu yang rumit  dan kesukaran membuat keputusan.  Manakala perniagaaan pasar malam   antara perniagaan yang berpotensi ,mudah dan mempunyai pelanggan yang tetap. Antara kebaikan perniagaan pasar malam ialah :

·         Pasar malam boleh dimulai dari pukul 4 petang atau 6 petang. Malah ada juga peniaga yang hadir selewat jam 7. Berniaga sendiri, waktunya agak fleksibel dan anda tidak perlu berhenti kerja.

·         Perniagaan pasar malam tidak memerlukan kos yang tinggi,kurang pengawasan dan kurang tekanan untuk anda meniaga hasil usaha anda. Anda juga ditemani ramai peniaga dan tidak memerlukan teknik pemasaran kerana pasar malam sendiri adalah penariknya.

·         Pasar malam dikunjungi oleh pelawat yang berbeza-beza taraf hidup ,daripada yang biasa hingga yang berprofil tinggi . Ini bermakna anda boleh menawarkan sesuatu produk pada harga yang bersesuaian dengan taraf hidup penduduk sekeliling.

·         Sesetengah tempat pasar malam merupakan  lokasi yang strategik dimana pelanggan yang datang terdiri daripada pemborong dan membawa nilai wang besar. Jika apa yang anda jual menepati permintaan,anda sudah tentu membuat wang yang banyak.

Kos Modal Permulaan Perniagaan Pasar Malam


Hampir kebanyakan perniagaan bermula dengan kos modal yang tinggi,tetapi perniagaan pasar malam antara yang memerlukan modal minima.

Anda hanya perlu membayar sewa tapak  niaga dan sewa yang dikenakan kebiasaannya mengikut harian. Ini bermakna, jika anda tidak berniaga pada sesuatu hari, anda tidak perlu membayar sewa tapak pada hari tersebut.

Potensi Pendapatan Pasar Malam


Perniagaan pasar malam merupakan penjana wang  kedua terbaik,jika dibuat dengan penuh dedikasi hasilnya kelak pasti tidak akan mengecewakan.

Untuk memastikan keuntungan anda meningkat,elakkan pasar malam yang sudah tepu dengan produk utama pilihan anda. Anda perlu mempunyai produk unik tersendiri untuk menjadikannya daya tarikan.  Pastikan tanda harga anda selari dengan tawaran barangan lain. Harga yang terlalu tinggi akan menyebabkan pelanggan merasakan  anda cuba menipu mereka. Jika produk anda kurang mendapat sambutan,pastikan pelanggan mendapat harga tertentu atau murah dari biasa. 

Selalu berada dikawasan pasar malam supaya pelanggan dapat mengecam anda dan akan datang untuk tawaran yang anda boleh beri pada lain kali.  Pada musim tertentu,pasar malam merupakan tempat yang ideal untuk anda mempamerkan produk khas  seperti  baju raya,kuih raya,lemang,aksesori pakaian dan sebagainya. Selain itu,cara yang lain untuk memaksimakan jualan anda,adalah dengan membuat lelongan harga murah pada saat akhir jualan . Cara ini merupakan kaedah tepat mencari pelanggan tetap yang akan membantu kesinambungan perniagaan pasar malam anda.


Memulakan perniagaan pasar malam boleh  menjadi sesuatu yang mengujakan,perniagaan pasar malam semestinya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan pendapatan tambahan tanpa memaksa mereka menggunakan wang dan masa yang banyak. 

Thursday 14 November 2013

Panduan Mudah Memulakan Perniagaan

kredit gambar untuk: pemhbl.blogspot.com

Membuka perniagaan sendiri merupakan impian bagi setiap insan. Tetapi halangan terbesar yang sentiasa menapak didalam pemikiran adalah ketiadaan modal yang cukup untuk memulakan sesuatu rancangan perniagaan. Kekuatan teknologi maklumat hari ini didalam dunia perniagaan internet sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Perniagaan boleh dijalankan daripada kos modal yang rendah atau tiada langsung.

Membuat penilaian Kemahiran Dan Aset

Buat penilaian tentang kemahiran,peralatan dan aset yang anda miliki untuk memulakan sesebuah perniagaan,contohnya jika anda memiliki sebuah komputer ,talian internet dan kemahiran menulis yang baik anda boleh menawarkan khidmat bebas dengan sedikit modal atau tanpa modal langsung. Kemahiran yang pelbagai merupakan aset terbaik berbanding memiliki modal yang tinggi . Disamping meneroka bentuk perniagaan baru ,mantapkan diri dengan mengasah kemahiran yang sedia ada atau belajar kemahiran terbaru yang boleh meluaskan pandangan minda anda.

Pilih Jenis Perniagaan Dan Hitung Keperluan Perniagaan

Tentukan jenis perniagaan yang anda ingin ceburi. Buat perhitungan yang sewajarnya terhadap jenis perniagaan dan minat anda. Hitungkan sekali kemahiran anda ,masa yang ingin diluangkan kepada perniagaan baru anda dan apakah jenis perniagaan yang boleh anda ceburi dengan sedikit modal atau tanpa modal. Setiap perniagaan pasti ada cabarannya yang tersendiri,bergantung bagaimana cara anda mengendalikannya.

Lihat Pilihan Perniagaan Yang Ada Berkait Dengan Anda

Kaji pilihan perniagaan anda,jika anda berminat berniaga di pasar malam anda boleh memilih daripada pelbagai jenis perniagaan seperti makanan,barangan rumah,aksesori pakaian dan sebagainya. Jika anda memiliki pengalaman berniaga ,ia sangat membantu jika anda memilih perniagaan pasar malam.
Rujuk Laman Yang Bekalkan Barangan Pukal Dan Idea Perniagaan
Lihat laman web pengiklanan contohnya, mudah.my dan sebagainya. Anda boleh lihat pelbagai idea perniagaan, stok barangan dan peluang perniagaan yang baik. Peruntukkan masa mengkaji jenis perniagaan yang anda mahukan.

Buat Rancangan Perniagaan

Satu kaedah mudah untuk memastikan anda dapat menyelaraskan halatuju perniagaan anda adalah dengan membuat rancangan perniagaan untuk membantu anda mencapai objektif pada masa hadapan. Terdapat banyak template rancangan perniagaan percuma secara online untuk digunakan.

Pilih Perniagaan Yang Realistik Bukan Bersandarkan Keuntungan Besar

Walaubagaimanapun,anda haruslah berfikiran logik tentang perniagaan yang ingin dimulakan. Sesetengah perniagaan, terutama sekali yang memerlukan teknologi yang tinggi,pekerja mahir adalah sangat sukar untuk dimulakan tanpa modal. Tetapi pilih perniagaan yang memerlukan wang pendahuluan seperti barang buatan tangan contohnya pesanan kuih raya,aksesori dan sebagainya. Jangan lupa dengan sumber percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti pinjaman mara,amanah ikhtiar,tekun dan sebagainya. Sumber ini amat membantu didalam membuka peluang perniagaan yang terbuka kepada yang memerlukan seperti anda.

Teknik Pemasaran Perniagaan Yang Betul

Cari teknik pemasaran yang betul seperti dari mulut ke mulut yang mana teknik pemasarannya percuma. Anggap semua orang yang anda temui adalah pelanggan yang berpotensi dan juga pengiklan percuma. Apabila anda berkongsi maklumat perniagaan yang anda usahakan dengan orang ramai,anda secara tidak langsungnya mendedahkan perniagaan anda kepada seluruh rangkaian meraka termasuk laman web social seperti facebook dan twitter.

Tuesday 12 November 2013

Langkah Awal Sebelum Memulakan Perniagaan Pasar Malam


Pasar malam merupakan perniagaan yang amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Lokasi strategik dan harga barang yang murah menjadikan pasar malam sering menjadi tumpuan tidak kira kepada penduduk dalam mahupun luar bandar. Maka tidak hairanlah ramai peniaga Melayu khususnya menceburi bidang perniagaan ini yang rata-ratanya golongan muda.
Perniagaan pasar malam boleh dianggap sebagai lubuk emas bagi peniaga Melayu. Bukan sahaja kerana kos sewa tapak yang murah, akan tetapi kos modal pusingan juga sangat rendah. Ini menjadikan peniaga mampu meraih keuntungan sehingga mencecah lebih 100% secara purata. Namun begitu, untuk mencapai keuntungan maksima, seseorang peniaga itu perlu bijak memilih jenis perniagaan yang sesuai untuk dipasarkan di pasar malam.
Tentang pengunjung pasar malam pula, mereka lebih tertumpu membeli produk jenis makanan berbanding barangan fizikal seperti pakaian, beg dan sebagainya. Jelas dilihat perniagaan barang makanan lebih mendominasi, akan tetapi itu tidak bermakna barangan fizikal tidak mendapat perhatian. Cumanya, kebiasaan barangan fizikal mempunyai kos modal yang agak tinggi berbanding makanan. Tetapi, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan kekurangan tersendiri. Barang makanan tidak tahan lama dan barangan fizikal adalah sebaliknya.

Langkah Awal Sebelum Memulakan Perniagaan Pasar Malam

#1 Menentukan Produk Jualan

Jika langkah awal kita silap memilih produk, sistem pusingan modal sedikit sebanyak akan terganggu. Tentukan sama ada produk kita boleh diterima di semua tempat atau sebahagian lokasi. Sebagai contoh, lokasi pasar malam di kawasan kampus universiti yang rata-rata didominasi 80% pelajar. Seorang peniaga telah memilih produk ayam golek untuk dipasarkan. Seperti yang kita tahu, harga seekor ayam golek sekitar RM24 seekor dan RM12 separuh bahagian.
Seperti yang kita maklum, purata seorang pelajar membelanjakan wang di pasar malam adalah sekitar RM6 hingga RM10 sahaja. Tetapi, ini hanyalah satu pemerhatian jauh sahaja. Kelancaran proses jual beli bergantung kepada sesebuah lokasi kerana keuntungan sesebuah perniagaan dinilai dengan kuasa membeli.

#2 Menentukan Lokasi

Sebagai peniaga, mencari lokasi strategik adalah salah satu elemen yang sangat penting. Tetapi umumnya, tapak lokasi pasar malam itu sendiri memang menjadi tumpuan ramai kerana ia dikhususkan pada hari-hari tertentu di sebuah kawasan. Dalam seminggu mempunyai 7 hari. Maka kita perlu bijak mencari 4 hingga 7 buah lokasi berasingan utama yang memberikan keuntungan yang banyak. Kuasa membeli di sebuah tapak pasar malam bergantung kepada majoriti penduduk di situ.

3# Menjaga Hubungan Dengan Pelanggan

Sebagai peniaga, perkara yang paling utama perlu dijaga adalah etika diri dan sikap. Jangan sesekali kita memberikan layanan kurang mesra kepada pelanggan. Tidak mustahil, dengan senyuman dan sikap peramah kita, pelanggan tersebut akan datang kembali membeli. Perkara-perkara kecil sebegini banyak tidak diambil peduli. Tambah lagi jika perniagaan kita bertambah maju, janganlah sesekali kita berlagak sombong. Jika kita bersikap acuh tidak acuh kepada pelanggan, mereka akan lari mencari peniaga yang lain. Pasar malam bukan sahaja tertumpu kepada satu-satu makanan sahaja, tetapi banyak peniaga menjual makanan yang sama. Justeru itu, peniaga mana yang bijak memenangi hati pelanggan maka dialah yang mendapat untung. 

Thursday 12 April 2012

Program pertukaran link



Maaf kerana sudah beberapa hari tiada entri baru. Blog yang menceritakan hal yang serius agak sukar ditulis dan kadangkala memerlukan kajian. Untuk entri kali ini, tiada sebarang artikel mengenai perniagaan. Tetapi saya ingin membuka peluang kepada anda untuk membuat pertukaran link dengan blog yang tidak seberapa ini. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana tidak membuat pertukaran link di bahagian sidebar.

Untuk membuatnya kelihatan lebih kemas, program pertukaran link ini saya letakkan di halaman khusus. Sesiapa yang berminat untuk membuat pertukaran link, bolehlah meletakkannya dibahagian komen dengan format berikut :

Site Description
Url blog


Contoh :

Diskusi Perniagaan
http://diskusiniaga.blogspot.com

Posting di halaman tersebut akan dikemaskini mengikut turutan komen. Link akan disenaraikan di halaman ini :
http://diskusiniaga.blogspot.com/p/rakan-blogger.html

Ini hanyalah program untuk SEO. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa perlunya membuat backlink secara manual sedangkan sudah ada Mr Linky di halaman utama. Untuk pengetahuan anda semua, Mr Linky tidak mempunyai apa-apa manfaat untuk SEO. Ia hanyalah widget untuk meninggalkan jejak. Sama seperti chatbox yang ada di blog ini.

Jadi jika anda ingin meningkatkan SEO di blog masing-masing, bolehlah meninggalkan komen mengikut format yang saya nyatakan diatas dengan syarat, anda juga haruslah membuat backlink semula ke blog ini.

Tinggalkan link anda disini