Dalam aktiviti jual beli, Sepatutnya kedua-dua pihak mendapat untung dan bukan di pihak peniaga semata-mata. Apa yang saya maksudkan disini, peniaga tidak harus mengambil keuntungan berlebih-lebihan. Ini dikhuatiri menjadikan rezeki yang diperolehi menjadi haram.
Di pihak pembeli, mereka mendapat keuntungan jika harga yang ditawarkan munasabah dan mereka tidak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan produk yang diingini. Dengan bilangan penduduk yang semakin bertambah dan kawasan tanah yang semakin mengecil bayangkan jika pengguna terpaksa sebagai contoh, ingin makan ayam terpaksa bela ayam, ingin makan lembu terpaksa bela lembu, ingin pula makan sayur, terpaksa pula tanam sayur. Keupayaan manusia adalah terhad. Jadi dengan berniaga, secara tidak langsung peniaga tersebut telah membantu si pembeli.
Peniaga yang memfokuskan satu bidang sahaja, menjadikan bidang perniagaan yang diceburinya semakin bertambah baik dan berkualiti melalui kajian dan proses "try and error" yang dilalui. Jika barang yang anda niagakan kurang mendapat sambutan, cuba kaji kelemahan produk atau servis anda dengan memberikan sampel kepada rakan-rakan, jiran ataupun sesama peniaga. Kadangkala kita rasakan produk kita sudah terbaik tetapi tidak pada pelanggan. Jika anda mendapat pelanggan yang berulang (repeating customer), bermakna anda boleh berbangga dengan produk yang anda niagakan. Tetapi jika pelanggan anda sekali sahaja singgah di premis anda, bermakna produk atau servis yang anda berikan kurang bermutu. Jadi cuba perbaiki.
Berniaga merupakan satu sistem kehidupan. Berhentinya perniagaan bererti sistem kehidupan manusia juga terhenti. Tanpa perniagaan, tidak wujud pekerjaan,
16 comments :
thanx tipnya
sory gan komentnya tk hps.silakan koment lagi.please jangan taruh link.ok..
sory gan salah alamat
hmm... betul jugak ye.. kalau difikir balik... setiap hari.. kita mmg perlukan peniaga utk beli brg keperluan.. kedai runcit perlukan pemborong... pemborong pula perlukan pengeluar..
nak bekerja pun kena ada peniaga atau majikan..
nice info bro
hubungan yg unik antara peniaga dan pembeli
sy suke tekel pembeli.sskali bg brg percuma sbb pmbeli yg bjak pasti akan kekal kpd penjual yg bijak juga :)
sharing is caring
encik harith pun peniaga jugak yer..
Saya pun selalu juga beri barang percuma.. Contohnya saya berniaga makanan.. harga yang ditetapkan 6 biji seringgit.. kadang-kadang saya berikan 7 atau lapan... Itu juga salah satu cara untuk berhubung baik dengan pelanggan.. pelanggan puas hati.. dia akan datang lagi.. Jadikan pelanggan sebagai rakan..
Totalitas memang harus diperlukan dalam menekuni suatu bidang pekerjaan,,,izin follow
Info yang menarik sob,.,.,
kunjungi my blog crusader-12 blogspot. com
klau takde cust cmne nak nega
Saudara Edy meniaga apa.. Mcm yg saya sebutkan dlm post-post yang lepas.. saya adalah peniaga pasar malam.
Untuk berniaga, kita kena ada satu produk yang ada permintaan dan menarik. Sebagai contoh, mungkin produk itu sesuatu yang unik dan tidak pernah atau jarang dilihat. Jika harga yang ditawarkan berpatutan, ia mungkin dapat menarik minat orang untuk membeli. Dan jika mereka berpuas hati dengan produk tersebut disertakan dengan layanan dan servis yang bagus, mereka berkemungkinan besar akan menjadi pelanggan tetap.
Lokasi perniagaan juga memainkan peranan yang penting. Jika berniaga di tempat tumpuan, maka lebih ramai pelanggan yang datang. Begitulah sebaliknya.
Faktor lain yang menyebabkan kurang atau ketiadaan pelanggan ialah persaingan. Jika saudara Edy berniaga sesuatu produk yang banyak persaingan di tempat saudara, maka semakin kuranglah pelanggan. Hal ini dapat diatasi dengan mengurangkan harga dan servis yang lebih baik daripada pihak pesaing.
just my 2 cents.
Perniagaan bergantung kepada manusia dan aktivitinya. Selagi ada aktiviti-aktiviti ini, selagi itulah ada peluang-peluang perniagaan. Bukannya mudah untuk mengenal pasti peluang perniagaan, semua jenis perniagaan yang hendak kita lakukan, kebanyakkannya telah dijalankan oleh orang lain. Oleh yang demikian, kita takut menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana kita tidak dapat mengenal pasti peluang perniagaan. Tetapi peluang ini terdapat pada seseorang yang mempunyai sifat-sifat keusahawanan.
Segala aktiviti-aktiviti manusia mesti menempuhi masalah. Baik urusan di rumah, di pejabat dan lain-lain hal berkenaan dengan kehidupan manusia mesti menempuhi masalah. Walaupun sekarang zaman sains dan teknologi moden, manusia tetap mempunyai masalah, tidak ada perkara yang tidak mempunyai masalah. Jadi dengan masalah-masalah ini, kita boleh menukarkannya menjadi punca masalah. Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada, dan fikirkan cara perniagaan yang bersesuaian sebagai penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia dulu kala.
Barangan yang ada sekarang ni semuanya hasil cipta, tak kiralah barang makanan ataupun barangan kering.. disesuaikan dengan peredaran zaman, hasil rekacipta itu juga perlu diubah mengikut zaman yang dilalui.
Contohnya pergerakan kita.. Dulu-dulu pakai basikal pun dah cukup.. tapi manusia ni nak lebih laju.. semua nak pantas. timbul pula kereta, kapal terbang dan sebagainya.. Mmg idea memainkan peranan yang penting. Kita x boleh asyik nak ikut orang semata-mata. Nampak satu benda tu laku.. kita pun nak meniaga benda yang sama.
segala apa yang ada dalam perniagaan adalah hasil cipta. Tapi hasil ciptaan itu tak kiralah samada perniagaan makanan atau barang kering hendaklah sesuai dengan keadaan semasa.
Contohnya, manusia sekarang ingin bergerak pantas. Jika dahulu, basikal sudah mencukupi. Tapi manusia masih tidak berpuas hati. Timbullah pula motosikal, kereta, kapal terbang dan sebagainya.
Kalau komunikasi pula, jika dahulu surat atau telegram yang memakan masa berhari-hari untuk sampai kepada penerima, sekarang dah ada emel, chat room telefon bimbit dsb.
Semua itu adalah perniagaan. Penciptanya menjual produk-produk untuk mendapatkan keuntungan. Apabila sesuatu ciptaan itu mendapat permintaan yang tinggi, maka barulah timbul persaingan dari pereka-pereka yang mencipta produk yang sama.
Bagi pihak pembeli, ia amat menguntungkan kerana mereka mempunyai pilihan. Tetapi pihak pelopor atau pencipta asal mengalami sedikit kerugian kerana terpaksa menurunkan harga akibat persaingan.
Jika anda rasakan produk anda kurang mendapat sambutan, cuba selidiki permintaan setempat dan cuba dapatkan maklumat daripada pihak pesaing mengenai servis dan harga yang mereka tawarkan. Mungkin servis atau harga anda kurang memuaskan.
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.50/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
Post a Comment