Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Friday, 26 August 2011

Jangan jadi biskut

Kredit Gambar : safirahahsanuddin.blogspot.com
Katakanlah anda sebagai pelanggan telah membeli sebungkus nasi lemak di sebuah gerai. Ternyata nasi lemak tersebut sedap dan harga pula berpatutan. Minggu hadapannya anda ingin membeli lagi sekali dengan peniaga yang sama. Puas anda keliling satu pasar malam tapi tidak berjumpa dengan peniaga tersebut. Anda pulang dengan perasaan hampa.

Sebagai peniaga makanan, sedap sahaja masih tidak mencukupi. Disiplin kehadiran juga perlu dititik beratkan.   Anda boleh kehilangan pelanggan tetap jika anda berniaga "ikut mood". Pelanggan tersebut mungkin akan mencari peniaga lain. Bukan itu sahaja, peniaga sebegini juga tidak berapa digemari oleh peniaga sebelah menyebelah. Ini menunjukkan anda berniaga main-main. Begitu juga dengan penganjur atau persatuan.

Jika ingin berniaga, cuba terapkan disiplin terhadap diri anda. Tunjukkan kepada persatuan, peniaga sekeliling dan pelanggan bahawa anda serius untuk berniaga. Jika anda terus berkelakuan begitu, tidak mustahil pihak persatuan akan memberikan tapak tersebut kepada orang lain.

Bercakap perihal tapak juga. Katakanlah anda seorang peniaga yang konsisten. Setiap minggu anda tidak akan ketinggalan untuk berniaga. Tetapi anda sering bertukar tempat. Sekejap dihujung sana, sekejap dihujung sini, sekejap pula dibahagian tengah. Sikap sebegini bukan hanya menyukarkan anda mendapat tapak yang tetap. Pelanggan juga sukar untuk mencari anda.

Jika anda rasa makanan yang anda jual berkualiti, sedap dan harga berpatutan, tetapkan kedudukan anda disitu untuk memudahkan pelanggan mencari.

13 comments :

salam...nk tye

kalo dh rambo bukan mmg kne tukar2 tapak ke? mane taw mggu ni tuan tapak cuti, tapi mggu depan die ade & tuan tapak lain lak y cuti?

jika tiada tapak tetap,mmg tiada pilihan. tapi jika boleh, carilah satu tapak tetap walaupun terpaksa menyewa dgn org lain. saya sendiri pun menyewa untuk hari ahad sahaja. ini memudahkan pelanggan tetap saudara/i mencari. jika produk yang anda jual bagus dan harga berpatutan, mereka tetap akan dtg. jika asyik berpindah, lama kelamaan mereka jadi bosan utk mencari.

sy rasa blog ni sgt bagus lah utk dijadikan rujukan pada peniaga2 pasar mlm.. teruskan usaha abg pasar. skrg ni sy pun dok tgh usha2 peluang nak meniaga kat pasar mlm ni..

bagi sy, cara paling mudah kalau nak meniaga, pasar malam lah jawabnya..

Ya.. berniaga pasar malam memang mudah.. tak perlu susah-payah buat lesen.. berniaga jer dulu jika ada tapak kosong. Kalau ternyata perniagaan yang encik syed jalankan tu menguntungkan... baru buat lesen. Tapi kalau mcm pasar malam seperti DBKL, selagi tak kena saman, memang payah nak dapat lesen. Tunggu kena saman sekali (atau 2 kali) baru pihak DBKL akan pertimbangkan untuk approve. Untuk kawasan lain saya tak tahulah. Mungkin sama juga kot.

Lagipun saman bukannya hari-hari. Kadang-kadang 5 - 6 bulan sekali baru diorang buat operasi. Kalau rasa nak buat lesen, kena saman tu senyum jer lah.

Cuma masalah nak dapatkan tempat kosong yang payah.. Pasar malam yang top biasanya dah penuh. Ada yang sampai bergaduh berebut tapak. Untuk dapatkan lesen tapak pun kena ada approval dari pihak pengurusan kawasan. Contohnya rukun tetangga.

Bila dah dapat tapak berniaga, jangan sesekali membuat masalah sehingga menimbulkan rungutan penduduk setempat. Ini pernah berlaku di Taman Sri Rampai. Pasar malam tersebut terpaksa ditutup atas bantahan penduduk. Melalui rundingan yang diadakan, akhirnya pasar malam tersebut dibuka kembali.

nampaknya abg pasar ni blh dikatakan seorang yg ber knowledge dlm selok belok perniagaan pasar malam..
saya ada juga kemusykilan ni..
1- saya dah daftar leseb syarikat Enterprise..
soalannya, adakah sy perlu jg daftar lesen yg lain utk psar mlm?

2- bayaran tapak, kedudukan tapak..
soalaanya, bayaran biasanya dikira mcm mana.. dan kedudukan tapak tu, adakah kita boleh reserved ataupun ikut sempat je sape dtg awal dia punya//

1- saya dah daftar lesen syarikat Enterprise..
soalannya, adakah sy perlu jg daftar lesen yg lain utk psar mlm?


Ya kena... Untuk pasar malam kena ada SSM. Maknanya lesen yang berlainan. SSM untuk tubuhkan perniagaan manakala untuk berniaga seperti di pasar malam memerlukan lesen penjaja daripada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL, MPSJ dsb.

Dan untuk lesen penjaja tu pula, jika encik Syed berniaga untuk 7 hari seminggu, kena ada 7 lesen penjaja.

Jadi disini, Untuk 7 hari berniaga tu En Syed kena ada :

1 ROB/ROC dari SSM dan 7 lesen penjaja.
Sebab apa kena sampai 7 lesen? Sebab pasar malam cuma sekali seminggu disesuatu tempat. 7 lesen tersebut untuk 7 tempat berlainan. Maknanya kalau sehari 2 cawangan, kena ada 14 lesenlah..

2- bayaran tapak, kedudukan tapak..
soalaanya, bayaran biasanya dikira mcm mana.. dan kedudukan tapak tu, adakah kita boleh reserved ataupun ikut sempat je sape dtg awal dia punya//


Bayaran tapak pula adalah mengikut ketetapan pihak persatuan. Setiap pasar malam ada persatuannya. Setakat ni, ditempat saya ada mengenakan RM3, RM4 dan RM5 paling tinggi untuk satu tapak.

Untuk mendapatkan tapak memang agak susah. Terutamanya tempat yang menjadi tumpuan. Ini kena tanya pada pihak penganjur pasar malam tersebut.

Biasanya kalau kita dah duduk 8 ke 12 kali ditempat yang sama dan tiada orang lain yang mengaku sebagai empunya tapak, maka secara automatik tapak tu menjadi tapak kita, walaupun kita belum membuat lesen. Tapi kalau nak selamat lagi, kena la buat lesen jika berpuas hati dengan tapak yang diduduki tu.

Apa yang penting ialah untuk mendapatkan 1 tapak dahulu. Untuk tapak kedua, ketiga dan seterusnya, caranya ialah dengan membuat hubungan baik dengan peniaga-peniaga lain. InsyaAllah mereka tidak akan lokek untuk memberitahu tapak-tapak lain yang kosong.

Permohonan lesen hanya akan dibuat oleh pihak berkuasa apabila mendapat approval dari pihak penganjur atau persatuan pasar malam terlibat.

Saya harap penerangan ini dapat membantu En Syed.

terima kasih sgt2 tuan..satu perkongsian yg amat membantu sy.
utk jawapan yg no ,1 , brp harga utk satu lesen biasanya?

Untuk satu petak pasar malam dibawah pengurusan DBKL harga lesen ialah RM52 setahun sebelum diskaun. Kebiasaannya peniaga akan diberikan diskaun sebanyak 50%. Jadi selepas diskaun lesen satu tapak cuma RM26. Untuk MPAJ rasanya lebih kurang juga (sebab saya tiada lesen dengan MPAJ). Untuk maklumat lanjut sila ke posting ini

mm.. rasanya lain tempat lain harga kot..tapi takpe, blh lagi dikira murah, pasal setahun sekali je bayarannya..

kalau abg pasar tak kisah, agak2 berapa turnover tahunan meniaga di pasar malam ni ye?

maksud sy, jumlah jualan tahunan nya..adakah mencecah jutaan atau ratusan ribu jgk..

Itu perkara yang saya susah nak terangkan. Bergantung kepada peniaga. Lain peniaga, lain hasilnya. Setiap perniagaan kan keuntungannya berbeza-beza.

Berkenaan dengan lesen. Disini saya update harga lesen seperti yang ditanyakan oleh Syed Azhar.

Untuk DBKL, satu tapak yang saya dengar cerita sekarang RM50 setahun untuk satu petak sebelum diskaun 50% (Jadi cuma RM25 sahaja setahun).

Untuk MPAJ, setelah saya tanyakan pada rakan, harganya lebih mahal iaitu RM48 untuk setahun. MPAJ tidak memberikan sebarang diskaun.

Post a Comment