Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Saturday 31 March 2012

Peniaga bebas menguruskan masa



Sebagai peniaga, anda bebas untuk melakukan apa sahaja yang diingini. Anda tidak terikat dengan syarat-syarat pekerjaan. Tiada istilah cuti sakit, cuti kecemasan (emergency leave), kerja lebih masa dan sebagainya. Tetapi harus diingat, sehari anda cuti bermakna sehari anda tiada pendapatan. Cuti yang kerap juga menjadikan anda seorang peniaga yang tidak berkualiti. Anda mempunyai produk yang bagus. Tetapi kerana anda tidak mempunyai disiplin berniaga, pelanggan mungkin lebih gemar berurusan dengan pesaing anda ataupun mereka sanggup memboikot anda untuk jangkamasa yang panjang.

Hal ini pernah berlaku kepada saya juga. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menutup sementara perniagaan (pasar malam) untuk satu masa yang agak panjang. Ketika masalah tersebut dapat diatasi, saya memulakan kembali perniagaan seperti biasa. Apa yang terjadi? Hasil jualan merosot sehingga separuh daripada biasa. Hal ini berlarutan sehingga beberapa minggu. Pelanggan tetap saya hanya pandang dan berlalu tanpa membuat pembelian seperti kebiasaannya. Dari situ saya tahu bahawa saya telah diboikot.

Jika anda mampu, seeloknya anda menggajikan seorang pekerja. Jadi anda boleh menjalankan perniagaan seperti biasa walaupun dengan ketidak hadiran anda dilokasi. Namun bukan mudah untuk mencari pekerja yang jujur dan amanah apatahlagi jika melibatkan wang ringgit didepan mata.

8 comments :

Mmg susah nak cari pekerja yang jujur. Saya juga ada ambil orang kerja. Saya tahu dia ada songlap duit. Cuma malas nak tangkap... Dia ingat saya tak tahu.. Sakit hati tapi diamkan jer.. nak tgk sampai bila dia nak wat keje tu...

Tapi kita tetap harus berusaha dan tidak kenal menyerah. Keep spirit.

Peniaga yang kerap bercuti menunjukkan yang mereka bersikap sambil lewa. Memang amat merugikan. Sebab saya sendiri akan memboikot peniaga sebegini.

Setuju. Kalau nak berniaga kena bersungguh-sungguh.

Kalau disemak balik pada syarat-syarat lesen. Peniaga kena harus sentiasa ada di premis perniagaan. Tapi syarat ni diambil mudah oleh peniaga.

Bukan ambil mudah. Kamu juga kena ingat. Bukan semua yang berniaga sepenuh masa. Ada yang masih bekerja. Seperti saya. Saya cuma meniaga jika berkesempatan. Kadangkala habis kerja terasa amat letih untuk sambung berniaga.

Kena ingat juga yang berniaga sambilan.

Mmg jika masih bekerja, amat rumit untuk memberikan konsentrasi terhadap perniagaan. Sama seperti saya dahulu. Kadangkala faktor letih tidak dapat dielakkan. Tetapi apabila mendapati bahawa bidang perniagaan ini jauh lebih menguntungkan. Saya terus membuat keputusan berhenti kerja untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap perniagaan yang saya ceburi.

Jika masih was-was dengan perniagaan yang diceburi, jangan berhenti kerja dahulu. Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.

setuju sangat, boleh jadi panduan untuk semua peniaga termasuk saya sendiri

Post a Comment