Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Sunday 1 April 2012

8 cara mengenal skim penipuan



Masa tengah kemas-kemas bilik tadi, saya terjumpa satu risalah mengenai cara untuk mengenal  skim penipuan. Risalah ini diterbitkan untuk Program Celik Kewangan SIDC. Berpandukan ciri-ciri skim penipuan ini anda akan dapat mengenalpasti sama ada suatu skim pelaburan itu adalah sah atau sebaliknya.

Ciri 1 : Jaminan pulangan yang tinggi - Untuk setiap pelaburan yang dibuat, anda menerima  pulangan yang tinggi. Contohnya 20-30% sebulan.


Berhati-hatilah terhadap syarikat yang menjanjikan keuntungan besar atau menunjukkan prestasi cemerlang dalam satu tempoh masa yang pendek.

Anda mesti ingat bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko dan anda tentu selalu dengar bahawa, "kalau risikonya tinggi, pulangannya juga tinggi.". Ambil langkah berjaga-jaga terutama jika pelaburan itu kononnya akan memberi pulangan yang tinggi dengan risiko yang rendah atau tiada risiko langsung.

Ciri 2 : Anda perlu mencari downline - Anda tidak pernah ditunjukkan produk yang kononnya berkualiti yang perlu dijual, sebaliknya dibayar mengikut bilangan orang yang dilatih atau mendaftar diri.

Berhati-hati dengan pelan yang membayar anda untuk melatih orang lain dan bukannya untuk menjual produk atau perkhidmatan. Perkataan yang menjadi kunci utama untuk mengingatkan anda supaya berhati-hati ialah "downline" atau "piramid".

Ciri 3 : Peluang pelaburan untuk masa yang terhad sahaja - Anda diberitahu bahawa peluang pelaburan itu hanya untuk tempoh terhad dan anda MESTI melabur sekarang.


Jangan sesekali bersetuju menyertai apa-apa peluang pelaburan dalam keadaan tergesa-gesa. Contohnya, "tempoh untuk anda menyertai skim ini amat terhad" atau "melabur sekarang, jika tidak anda akan menyesal".
Ingatlah, jika perniagaan itu sah, ia akan tetap wujud esok, minggu hadapan, bulan hadapan atau tahun hadapan.

Ciri 4 : Tuntutan hadiah lumayan - Anda diminta memasukkan wang dalam mata wang asing kedalam bank diluar negara tetapi anda tidak ingat pun pernah masuk sebarang pertandingan atau cabutan bertuah.


Memang mustahil untuk anda memenangi sebarang hadiah atau wang yang banyak jika anda tidak masuk sebarang pertandingan atau peraduan. Jika anda menerima panggilan yang mengatakan bahawa anda telah memenangi satu hadiah lumayan tetapi perlu mengirim sejumlah wang ke sebuah negara asing untuk menuntut hadiah tersebut, letakkan telefon, jangan buang masa dan tenaga untuk melayan panggilan sebegini.

Ciri 5 : Panggilan telefon yang tidak diundang - Anda menerima panggilan telefon menawarkan peluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidak tahu bagaimana syarikat itu mendapat nombor telefon anda.


Anda perlu bersikap ragu-ragu mengenai sebarang panggilan telefon yang tidak dijangka mengenai pelaburan daripada jurujual atau syarikat luar pesisir yang anda tidak kenali. Jika pemanggil itu mengaku sebagai wakil syarikat broker saham atau penasihat pelaburan yang dilesenkan diluar negara, minta nama pihak kawal selia asing yang berkaitan yang melesenkan syarikat itu dan layari laman webnya untuk mendapatkan senarai mereka yang berdaftar atau yang dilesenkan. Anda mesti sentiasa memeriksa bukti kelayakan individu yang dilesenkan dengan pihak berkuasa berkenaan sebelum menyerahkan wang anda.

Ciri 6 : Untung besar tanpa sebarang risiko - Anda ditawarkan satu produk pelaburan yang menjamin keuntungan besar tanpa sebarang risiko kewangan.


Pastikan anda memperolehi rekod prestasi syarikat tersebut. Mintalah maklumat bertulis mengenai produk pelaburan dan perniagaan itu, serta risiko yang terbabit dalam pelaburan tersebut. Baca dengan teliti prospektus dan laporan tahunan syarikat sebelum melabur.

Ciri 7 : Sukar menemui maklumat syarikat - Alamat dan maklumat syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan besar itu terletak disebuah negara asing yang anda tidak dapat pastikan dimana kedudukan sebenarnya. Anda juga sukar mendapatkan sebarang maklumat mengenai lesen syarikat tersebut.


Elakkan daripada memberi sebarang maklumat kewangan atau peribadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikat tersebut. Jangan takut bertanya soalan. Malah, lebih banyak soalan yang anda tanyakan, lebih baik lagi. Minta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang anda tidak benar-benar fahami.
Jika ragu-ragu, jangan melabur.Pastikan anda mendapat maklumat sepenuhnya mengenai syarikat, jurujual/ejen, atau pelaburan tersebut.

Ciri 8 : Syarikat dagangan asing - Anda didatangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen bagi syarikat dagangan asing (umpamanya yang beribu pejabat di Macau, Bahamas, Kepulauan British Virgin, dsb.) untuk berdagang dalam indeks asing (contohnya, indeks Hang Seng), komoditi (contohnya kopi) atau matawang asing (contohnya, AS$, Yen dsb) tetapi anda perlu mendepositkan sejumlah wang dalam matawang asing sebagai "margin" sebelum sesuatu urusniaga boleh dilakukan.


Sentiasa periksa laman web pengawal selia, contohnya laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia www.sc.com.my untuk mendapatkan maklumat mengenai amaran untuk pelabur, atau senarai syarikat-syarikat yang dilesenkan sebelum melabur.

22 comments :

Terima kasih atas kunjungannya gan,,, wah wah artikel anda bagus sekali,, dan berguna bagi masyarakat :)

lain waktu saya akan berkunjung lagi, dan saya dukung anda di sini...

Rasanya saya pun pernah dapat risalah ni... tapi dah terlupa letak dimana... Thanks sebab share..

Penipu ni macam-macam cara.. Sistem piramid ni pun rasanya yahudi yang cipta.. Orang yang pertama masuk akan untung.. yang terakhir akan rugi apabila downline menjadi tepu.

Sistem MLM yang ada juga menjadikan sesuatu barang yang dijual menjadi lebih mahal kerana terpaksa memberikan ganjaran kepada ahli secara berperingkat.

Ia umpama sistem penindasan zaman moden.

Maaf kalau ada ahli MLM yang terasa.

Maknanya, Syarikat Islam mcm HPA tu pun menindas la ye?. Baik buat kajian dulu cik noreyta sebelum membuat apa-apa komen.

Seperti yang pernah keluar di Harian Metro sikit masa dulu kalau en/puan anon pernah baca. Saya tempekkan disini petikannya daripada http://duniacacamarba.blogspot.com/2012/01/umrah-mlm-haram.html

Umrah MLM HARAM!

KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.

Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.

Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.

“Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan,” katanya ketika dihubungi.
P/s: MLM pun sudah haram!

good information , http://rosiandro.xtgem.com

makasih udah berkunjung ke my blogger

Memang mcm-mcm cara orang nak menipu ni. Untuk gores dan menang dulu pun saya pernah kena. Situasi lebih kurang begini:

Dtg seorang amoi. Memandangkan amoi tu pun cun, saya pun layanlah.

"Encik, kami dari syarikat bla,bla,bla nak buat lucky draw"

"encik tak perlu bimbang encik x rugi apa, cuma gores kalau encik bertuah akan dapat hadiah"

"kami pernah keluar akhbar" (sambil tunjukkan keratan akhbar yg dah lunyai)

"ramai orang dah menang, mana tahu encik pun bertuah"

Saya pun ambil kertas gores tu dan gores jer lah. Lepas gores tu, saya bagi balik kertas tersebut pada amoi tu.

"WAHH! encik dah menang proton perdana" katanya sambil menjerit terkinja-kinja.

Datang pula kawan dia dan bercakap ngan amoi ni dlm bahasa cina..

"Mei si ya" Cok cek cok cek ntah apa yang dorang cakap, sambil amoi tu tunjuk kearah saya sambil memberikan kertas gores tu kepada kawannya.

Kawannya tu pula kata, "wah bertuah lah incik lapat ploton pedane"

Apa lagi, saya pun teruja dan hampir terlupa pada kes-kes yang selalu keluar akhbar.

"Tapi incik, kalau incik mau ini hadiah, incik kena bili barang sama syarikat kita dulu. Tala mahal munyer"

Dekat RM2 ribu dia kata x mahal.

"misti bili ini hali juga kalau x incik x dapat ini hadiah".

Bila saya katakan tiada duit sebanyak tu, mereka sanggup ikut saya pergi bank untuk keluarkan duit. Saya cuba reka alasan lain kononnya nak pergi jemput rakan dan berjanji akan kembali semula. Barulah mereka lepaskan saya.

Macam-macam

blogwaling in ur beautifull blog! visit me

Wah,, menarik sekali artikel ini. Terima kasih ya sudah share ilmu yang bermanfaat, dan terimakasi juga untuk kunjungannya,, :D

berkunjung dan membaca info lagi sob,

kalo saya sering ketemu hal begituan tapi saya jawab saya lagi fokus di bisnis saya sendiri, alhasil dia gak terlalu sering lagi ngubungin hehe

artikelnya mantabbb salam dari idonesia :)

wah, info yang menarik,,sekarang jd mengerti ciri2 pelaku ya gan

makasih kang tipsnya

salam dan suport dari duniasharing.com

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.


Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.50/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Post a Comment