Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Monday 2 April 2012

Peniaga pasar malam tarafnya rendah



Melihat kepada gaya si peniaga yang selekeh, ditambah dengan kenderaan niaga buruk yang mereka gunakan, mesti ramai yang memandang rendah golongan peniaga sebegini. Rata-rata peniaga akan menggunakan kenderaan model lama seperti nissan c20 yang macam nak tercabut pintu dan bonetnya. Saya sendiri tertanya-tanya mengapa mereka yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan ini amat lokek untuk mengeluarkan belanja membeli kenderaan niaga yang baru.

Ada diantara peniaga yang membuka lebih daripada 1 cawangan. Katakanlah dalam sehari peniaga tersebut membuka 3 cawangan yang mana masing-masing mempunyai kenderaan niaga sendiri.  Untuk kos kenderaan buruk seperti gambar diatas berharga sekitar RM2000 ke RM3000 lebih. Jika menggunakan 3 kenderaan untuk 3 cawangan kosnya tidak pun melebihi RM10 000.

Jika ada yang memperlekehkan peniaga seperti ini, cuba anda fikirkan. Kebiasaannya untuk peniaga yang mampu bertahan lama dalam industri ini memperolehi pendapatan bersih tidak kurang daripada RM150. Katakanlah minimum RM100 bersih untuk sehari. Itu yang saya sebutkan minimum.

Saya pernah bertanyakan penjual nasi lemak yang membuka 2 cawangan sehari, 7 hari seminggu tanpa cuti dia memperolehi tidak kurang dari RM7000 sebulan. Maksimum yang diperolehinya RM10 000++. Ya. Dia juga berniaga menggunakan kenderaan buruk seperti diatas.

Kepada peniaga atau lebih tepat lagi disebut penjaja, memang kelihatan "low profile" kerana mereka rasakan tidak perlu berbelanja lebih untuk sesuatu yang tidak perlu. Kenapa perlu berhutang untuk kenderaan baru walhal dapat membeli kenderaan buruk yang masih boleh digunakan secara tunai. Tidak perlu juga berpakaian terlalu kemas kerana akhirnya mereka tetap akan berpeluh akibat panas dan basah kuyup apabila hujan turun. Masa berniaga yang tidak panjang juga (4 hingga 5 jam sehari) membolehkan peniaga menguruskan hal-hal yang lain.

Apa yang saya tuliskan disini, bukanlah untuk berbangga dan riak sebagai peniaga pasar malam kerana saya tidaklah sampai tahap peniaga nasi lemak tersebut. Tapi apa yang saya perolehi sekarang sebagai peniaga lebih lagi daripada apa yang saya perolehi ketika makan gaji dengan orang lain. Semoga apa yang saya tuliskan disini dapat membuka minda segelintir individu yang masih lagi bekerja untuk menceburi bidang perniagaan.

Seperti posting saya yang terdahulu, saya kini bebas untuk menguruskan waktu saya sendiri. Sentiasa ingat, bidang perniagaan mempunyai risiko. Saya sendiri juga membuat "try & error". Bukan sekali meniaga terus berjaya. Sentiasa sabar dan kaji kelemahan.

17 comments :

Haha.. terkejut tengok tajuk... OK la low profile..

Tapi rasanya lebih elok kalau peniaga ni menggunakan kenderaan yang agak baru sikit. Bukannya apa, kalau kenderaan tu rosak sebelum memulakan perniagaan bukankah rugi. Biar alah membeli, menang memakai. Tak gitu ?

izin follow sob... kalo gak keberatan follow back :) Thank

kunjungan siang , gan follbacknya ditunggu... :)

Orang meniaga pasar malam pendapatan bulanan dia besar tau... jangan pandang rendah huhuhu..

Tak juga.. Bukan semua yang meniaga pasar malam tu mempunyai pendapatan yang besar. Ada yang tak sampai RM100 bersih pun sehari. Bergantung pada permintaan pembeli. Pernah saya tanya pada seorang makcik berapa pendapatan bersih sehari. Dia cakap cuma RM40 atau RM50 sahaja. Bolehla buat tambahan belanja bulanan, katanya.

Yer.. berniaga kena bergantung pada permintaan. Harga yang murah disertakan dengan servis yang baik tu pula sebagai bonus.

Bercerita pasal nissan C20 pula, kalau nak tahu kenapa peniaga suka dengan kenderaan ni, sebab dia pick up walaupun bawa barang yang banyak dan berat. Takat naik bukit tu takder hal sangat. Cuma dia tak boleh laju. Kalau berniaga dekat-dekat memang sesuai. Tapi kalau long distant, takut sakit pinggang sebab lambat nak sampai. Sebab apa saya cakap macam tu.. sebab saya pun guna van ni jugak.. :)

seronok dgr cerita org masyuk... keje gov ni mmg la ok tp tak dapat la nak cecah income macam peniaga ni..

Tapi berniaga pun kalau tak pandai urus duit. Mmg tak kemana. Pi mai Pi mai tang tu.

Hehe.. itu peringatan untuk diri saya juga. Saya pun kategori boros

Saya setuju dengan awak sebab saya dah tanya 2,3 orang peniaga...dorang mmg mampu beli rumah, kereta cash...org makan gaji, melopong jer lah...

ada betulnya tu, memang berniaga kalau kena caranya memeng dapat lebih lah

Kalau anda rajin cuba tinjau pada sebuah web yang menjual ebook panduan perniagaan pasar malam... http://www.wangpasarmalam.com

tak tentu, meniaga pasar malam ni ada pasang surut.. dah nama pun berniaga.. kecuali peniaga yg mmg org tertunggu2 setiap minggu, cam roti john putrajaya,, beratur panjang org membeli.. mmg masyuk..

C20 mmg terbaik...lasak cam keter kebal

Saya Devina dari indonesia di Surabaya, saya mengabdikan waktu saya di sini karena janji yang saya buat untuk Nyonya Elizabeth yang kebetulan merupakan pemberi pinjaman online dari perusahaan pinjaman Elizabeth dan saya berdoa kepada ALLAH agar dia dapat melihat posting saya pada hari ini.

 Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar diposting oleh seorang wanita bernama Arnah dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online dari Dr James Mowat, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Nyonya Elizabeth dan Nyonya Elizabeth meminjamkan 250,000,000 Rupiah tanpa tekanan dan tunda, jangan hubungi Dr. James Mowat melalui email: jamesmowatloanfirm@gmail.com untuk menghindari menjadi korban penipuan.

Saya memutuskan untuk menghubungi Arnah untuk mengkonfirmasi apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari Nyonya Elizabeth, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Nyonya Elizabeth saya bersikeras bahwa dia harus tolong beri tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan itu sangat mudah tentang bagaimana mengajukan permohonan pinjaman dari Nyonya Elizabeth yang perlu saya lakukan adalah menghubungi dia, mengisi formulir aplikasi mengirimnya kembali, mengirim salinan pindaian kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya . lalu saya bertanya padanya bagaimana Anda mendapat pinjaman? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, itu sangat mengejutkan.

 Saya menghubungi Nyonya Elizabeth dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untungnya bagi saya saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya berhasil disetujui tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta untuk membuat janji untuk membagikan kabar baik Nyonya Elizabeth dan itu adalah mengapa Anda melihat posting ini hari ini. untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan dari 150,000,000 Rupiah. Jadi saya menyarankan setiap orang yang mencari sumber yang dapat dipercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Nyonya Elizabeth melalui Email: elizabethchristopherloan@gmail.com untuk pinjaman aman Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya : devinairf128@gmail.com atau Anda juga dapat menghubungi Arnah di arnahnana01@gmail.com. Saya percaya satu giliran yang baik layak mendapat yang lain.

Post a Comment