Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Saturday 27 August 2011

Kos permulaaan perniagaan pasar malam


Kredit gambar : onenieadvertising.blogspot.com


Bagi anda yang bermula dari kosong, berikut saya senaraikan peralatan asas berserta harga setiap satunya

1. kaki meja panjang 6 kaki = RM45
2. papan meja satu set = RM45
3. Payung berserta kaki = RM100
4. Alas meja = RM15
5. Bateri kereta = RM100++
6. lampu x 2 = RM30
7. Wayar = RM10 ke RM20
8. Generator cap ayam = RM320 ke RM350

Mana pula nak beli semua barang-barang tersebut? Untuk kaki meja, papan dan payung ramai yang beli di Chow Kit cuma saya tak tahu dimana. Barang-barang tersebut saya beli di Kuang, Sungai Buloh. Berdekatan dengan balai polis. Bersebelahan BHPetrol. Kalau tak salah nama kedai tersebut Bee Bee Decorator.

Generator pula saya beli di Puchong. Anda juga boleh beli di kedai peralatan mesin.

Bagi yang lebih gemarkan kanopi, anda boleh dapatkannya di Pandan Indah. Jika anda perasan, berhadapan Tesco Pandan Indah terdapat Perabot Cempaka. Kedai tersebut tidak jauh dari kedai perabot tersebut. Untuk kanopi gred A bersaiz 8 x 12 kaki saya beli dengan harga RM300. Untuk kanopi bersaiz 6 kaki mungkin dalam separuh harga. Penggunaan kanopi dilihat lebih kemas, Ia juga lebih stabil kerana mempunyai 4 kaki disetiap penjuru. Amat sesuai untuk perniagaan pakaian kerana anda boleh menggantung pakaian pada kanopi tersebut.

Namun begitu, jika anda berniaga seorang diri adalah lebih baik anda menggunakan payung sahaja kerana ia lebih senang dibuka dan ditutup. Pilih payung segiempat. Payung berbentuk bulat tidak berapa sesuai dan anda akan mengalami masalah ketika hujan.

3 comments :

info yg baik...minta jasa baik dari yg berpengalaman.. saya dlm persedian untuk brniaga pasar malam @ berhasrat untuk menjual pakaian @ sandal...dimana boleh saya dapatkan bahan ini dgn harga borong...terima kasih pada yg sudi berkongsi informasi...

sy ada jual pakaian lelaki spt t-shirt berjenama & jersey, pkain knk2 dll scra borong. anda berminat blh hbungi sy duniakiddoku@gmail.com atau page fb di Beaz Collections

Baru-baru ini saya plan untuk buat bisnes kedai makan dan pasar malam. Untuk tujuan tersebut saya telah membeli banyak peralatan. Diantaranya ialah freezer & chiller, periok nasi yang besar, dapur gas & stand, 2 tong gas, kukusan besar, industri blender, coleman air batu, 4 set meja pasar malam lengkap, khemah 8'x8' dan 6'x6', periuk, kuali serta perkakas kecil, generator lengkap dgn wire dan lampu, 2 balang jual air minuman, 2 balang jual buahan, bekas tahan panas nasi lengkap dgn stand, 2 alat penimbang bahan dan bermacam2 lagi. Oleh kerana sekarang saya sedang fokus kepada bisnes lain saya tidak dapat memberi masa kepada plan untuk bisnes kedai makan dan pasar malam. Saya bercadang untuk menjual peralatan2 di atas kepada sesiapa yang berminat. Sila hubungi saya KAMAL 0193239002. Insya Allah saya akan menjual dengan harga yang murah. Terima kasih.

Post a Comment