Sebenarnya aku dah tiada idea untuk menulis (maaf guna gantinama aku kali ni). Kalau nak tahu perniagaan apa yang paling menguntungkan tapi paling berisiko di pasar malam, dah tentulah berniaga CD /VCD/DVD cetak rompak. Entri kali ni bukan bermaksud untuk menggalakkan anda semua berniaga barang larangan tersebut, tetapi sekadar ingin berkongsi maklumat.
Pendapatan bersih si peniaga ni tidak kurang daripada RM1000 sehari. Kos untuk "burning" atau membuat "duplication" termasuk cetakan di media tersebut dan pembungkusan cuma seringgit lebih. Jual semula pada harga RM5/RM6 sekeping. Permintaan memang amat menggalakkan dan pelanggan tidak putus-putus membeli. Dalam satu pasar malam terdapat lebih daripada 2 kawasan peniaga yang dikawal oleh TONTO.
Maka tidak hairanlah peniaga CD ni sukar untuk cuti, kerana mereka akan kehilangan RM1000 sehari. Waktu cuti mereka ialah pada perayaan besar ataupun ketika pihak KDN membuat operasi besar-besaran. Setakat polis memang mereka tidak hairan kerana pihak polis pelanggan mereka juga.
Kaedah yang dijalankan untuk mengekang penjualannya tidak memberi sebarang kesan, seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Panas sekejap, kemudian sejuk semula. Inilah salah satu perniagaan yang tidak memerlukan lesen kerana lesen memang tidak akan dikeluarkan pun.
Pihak yang bertanggungjawab untuk membendung penjualannya pula bertindak menutup sebelah mata. Termasuklah pengamal undang-undang sendiri dan pihak pengurusan pasar malam. Cuma yang agak tegas untuk tidak membenarkan penjualan bahan ini ialah di pasar malam Wangsa Maju. Memang tiada satu pun peniaga CD yang kelihatan.
Masalah pembelian CD/VCD/DVD cetak rompak bukan kerana tidak mengetahui ianya sesuatu yang salah, tetapi kerana kurangnya penghargaan terhadap penciptanya disamping faktor kos yang lebih murah.
Adakah anda rasa masalah ini dapat diatasi sedangkan anda sendiri termasuk juga saya masih teruja membeli bahan-bahan cetak rompak ini ?






23 comments:
Hehe.. permintaan tinggi ni. Konon pembeli pun nak kena tangkap.. aku tgk polis pun rilek je beli..
Wangsa maju tu, yang kat seksyen 1 kan.. Patutla x nampak org jual CD kat situ..
Bacaan selanjutnya: http://diskusiniaga.blogspot.com/2012/04/perniagaan-paling-menguntungkan-di.html#ixzz1rVTSE2Hn
ermm.. susah juga.. saya pun salah seorang pembeli juga.. :)
Baru lepas layan John carter ngan ghost rider.. tak dapek nak nolong
Hello...
visiting here again..
berkunjung dari Indonesia :)
masih newbie nih ...
hehe
AFEEF GO BLOGS
semua artikel yang ditulis oleh pemilik blog sudah saya baca, dan terus terang saya merasa salut, sungguh luar biasa pemilik blog ini, teruskan berkarya sobat, biar kami akan mempelajarinya... terima kasih..
Minha amiga querida; seja muito bem vinda ao meu cantinho!
Precisando da sua amiga aqui....é só deixar recado, tá?
Um beijão de boas vindas da amiga Cátia.
http://www.catiaartesmanuais.com/
web yang keren dan bermanfaat...continue for your idea sob.. ^^
Blog yang bermanfaat. Tapi dah beberapa hari saya masuk, masih tiada entri baru.
Berniaga barang cetak rompak itu hukumnya haram
Cetak rompak ni murah tapi takde kualiti. Yang menjual ni pun banyak menipu. Cakap dvdriplah tapi bila balik rumah hmm.. buat flying saucer jer
Takat RM1000 sehari.. pejam mata jer dorang buat duit. Bukak mata cuma kalau KDN buat operasi.. hehe
alhamdulilah kat perlis payah nk jumpa cd cetak rompak...penguatkuasa kpdnkk sini mmg cekap...
kat perlis takder yer? kat pasar malam sana pun takder ? baru tau ni..
Yang peliknya, melayu pun ada meniaga benda ni. Tak fikir halal haram. Bagi anak bini makan. ermm.. tak tau apa nak jadi..
di tunggu follow nya bosss..
Rm1000 sehari... 2 hari jer meniaga dapat income mcm aku sebulan..
nice info :D
http://acupofmystories.blogspot.com/2012/04/touch-korea-tour-3-things-i-want-to-do.html
postingannya menarik,,.
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.50/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
Bagi saya anda tidak perlu menjalankan perniagaan dengan banyak cawangan, memadai dengan hanya satu cawangan...contohnya perniagaan bihunsup ...buka secara besar-besaran di Pasar Malam...pendapatannya lebih kurang sama dengan mereka yang membuka 5 cawangan perniagaan seperti kueh muih...
Post a Comment