Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Friday 6 April 2012

Berniaga mengikut kemampuan



Jika nak berniaga, kena ukur kemampuan diri. Kemampuan ni termasuklah dari segi kewangan atau modal, tenaga dan pekerja.

Untuk modal, pastikan dengan modal yang ada anda mampu bertahan selama sekurang-kurangnya 3 bulan (Setahun lebih baik). Buka perniagaan hari ini bukan bermakna anda akan dapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus pelanggan. Kadangkala memerlukan masa. Bermula dengan seorang pelanggan, anda berkomunikasi dan berhubung baik dengan pelanggan itu dan juga pelanggan yang seterusnya. Buat seolah-olah mereka itu terlalu istimewa untuk anda. Yakinkan mereka bahawa produk anda lebih baik daripada pihak pesaing anda. Dengan komunikasi yang baik ini, pelanggan anda akan bertambah dari hari ke sehari. Kemesraan yang anda tunjukkan itu membuatkan mereka kembali, walaupun mereka mungkin tidak berapa memerlukan produk anda. Mereka datang sebab mereka suka dengan anda.

Kecenderungan untuk mengubah-ubah jenis perniagaan kerana melihat perniagaan orang lain lebih berjaya. Ini memang banyak berlaku terutamanya untuk peniaga baru. Jika boleh, berniagalah mengikut pengalaman, kemampuan dan modal. Jangan berniaga berpandukan modal pinjaman seratus-peratus. Lebih elok jika modal itu adalah hasil wang tabungan anda sendiri.

Dari segi tenaga pula, adakah anda mampu mengendalikan perniagaan itu? Jika perniagaan yang memerlukan anda memasak, adakah anda sanggup menghadap panas kuali? Adakah anda mampu bersabar jika menerima tempahan yang tidak putus sedangkan kemampuan anda terbatas. Jika perniagaan berkaitan masakan, memang biasanya anda akan letih kerana terpaksa bekerja tidak putus-putus berbanding dengan perniagaan  barang yang telah siap diproses. Jika anda seorang yang kurang aktif dan malas bergerak, perniagaan masakan ini bukanlah pilihan terbaik melainkan anda mengupah seorang pekerja.

Jika anda ingin mengambil pekerja pula, lihat dulu permintaan pasaran yang ada. Adakah perlu anda menggajikan pekerja? Mampukah anda membayar pekerja tersebut dengan hasil jualan yang diperolehi. Pengambilan pekerja ini haruslah dibuat jika sesuatu kerja itu berada diluar kemampuan anda.

Nampak agak sukar untuk menjadi peniaga. Tetapi gunalah pepatah, berakit-berakit kehulu, berenang-renang ketepian. Kaum Cina terkenal sebagai kaum peniaga yang sanggup bersusah-payah untuk generasi akan datang yang disertakan dengan strategi jangka panjang. Berniaga bukan sekadar untuk menampung sara hidup keluarga semata-mata, tetapi ia juga untuk memartabatkan maruah bangsa dan agama.

9 comments :

Betul cakap tuan tanah...

Dulu aku pernah gagal dalam meniaga ni...

Salah satunya aku kuar modal bukan mengikut kemampuan dan aku xdapat rolling modal tu balik dalam masa 3 bulan....

Kesalahan dan kesilapan akan mengajar kita dan memotivasikan kita pada masa akan datang....

BlogLeaderTalk

berniaga jugak ke? berniaga apa... Ingatkan fulltime blogger..

Dulu meniaga Penapis air kat Dungun...

Blogger bukan kerja hakiki bro...

Part Time

hi, berniaga butuh modal yg sesuai. saya juga beniaga tapi tanpa modal juga bisa dengan cara dropship :D

http://acupofmystories.blogspot.com/2012/04/touch-korea-tour-3-korean-foods-i-must.html

Tapi dropship pun kena pandai pilih pembekal. Kalau salah pilih dan tempahan tak dihantar kepada pembeli. Reputasi kita sebagai ejen boleh jatuh.

Dropship tu macam mana? tak berapa pandai sangat..

Kunci keberhasilan adalah menanamkan kebiasaan sepanjang hidup Anda untuk melakukan hal - hal yang Anda takuti.
tetap semangat tinggi untuk jalani hari ini ya gan ! ditunggu kunjungannya :D

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.


Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.50/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Post a Comment