Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Wednesday 4 April 2012

Tarik pelanggan melalui strategi


Strategi memainkan peranan yang penting bagi menarik pelanggan anda. Tanpa strategi yang berkesan, sukar untuk anda menawan pelanggan. Dibawah ini terdapat beberapa strategi yang boleh anda gunakan untuk memikat pengunjung. Dipetik daripada kenyataan Irfan Khairi - Majalah Solusi Isu 24

Tinggi Kualiti

Menjual produk yang berkualiti dapat menjamin kejayaan sesuatu perniagaan. Produk berkualiti rendah walaupun harganya murah akan menyebabkan pelanggan rasa tertipu. Cerita mengenai kualiti produk anda juga mudah tersebar kepada bakal pelanngan anda. Produk yang berkualiti tinggi dan sentiasa ditambah baik dapat memberi keuntungan untuk jangkamasa panjang.

Servis dan perkhidmatan terbaik

Servis dan perkhidmatan mestilah sempurna dan pantas. Jangan lengahkan penghantaran jika perniagaan anda melibatkan perkhidmatan ini. Jika sesuatu barangan itu rosak, jangan sesekali memberikan pelbagai alasan sedangkan anda tahu ia berpunca daripada anda.

Tawaran harga

Dalam persaingan perniagaan, permainan harga memang menjadi salah satu kunci kejayaan. Harga yang ditawarkan mestilah munasabah. Pelanggan kini lebih suka membandingkan harga dan pastinya membeli sesuatu yang lebih murah untuk produk yang sama.

Beri lebih daripada apa yang disangka

Pelanggan tentunya gembira apabila mendapat sesuatu barangan yang lebih daripada apa yang diiklankan. Memberi lebih tidak akan merugikan anda kerana ia menjadikan pasaran anda lebih luas. Pelanggan yang gembira dan berpuas hati akan berkongsikan pengalamannya kepada rakan-rakan yang lain.

Jadi ketua pasaran

Ketua pasaran disini bermaksud anda menjadi yang pertama mencipta sesuatu produk. Jenama-jenama seperti Colgate, Kodak, Pampers dan sebagainya. Jika diperhatikan, jenama-jenama ini akan menjadi sebutan walaupun membeli barangan jenama lain. Sebelum munculnya teknologi digital, kamera yang menggunakan filem amat popular. Apabila ingin membeli filem baru, Kodak yang akan disebut. Itulah ketua pasaran.

10 comments :

Thanks bro...

Kekadang bila da lama niaga... kita terlupa perkara asas...

BlogLeaderTalk

sokong pendapat Blogleader,,dalam mencari rempah dan ramuan untuk maju dlm perniagaan kita terlepas pandang perkara asas perniagaan..
mungkin byk lg perkara asas yg kita x tahu..

Seperti yang saya baca di blog "blog leader". Apabila si tauke tak tau buat kerja. Sebenarnya dia sudah selesa memberi arahan. Jadi apabila sudah lama tak buat kerja disebabkan semuanya kuli yang buat jadi si tauke jadi lupa, apa yang patut dibuat. Bukan tak tahu, cuma terlupa.

cara melayan pelanggan tu penting. Itu yang membuatkan pelanggan akan datang semula. Nak meniaga tu kena la ramah sikit. Senyum tu penting

Bagus.. boleh buat panduan. Terima kasih kepada admin.. Admin meniaga apa yer?

Post a Comment