Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Thursday, 12 April 2012

Program pertukaran link

Maaf kerana sudah beberapa hari tiada entri baru. Blog yang menceritakan hal yang serius agak sukar ditulis dan kadangkala memerlukan kajian. Untuk entri kali ini, tiada sebarang artikel mengenai perniagaan. Tetapi saya ingin membuka peluang kepada anda untuk membuat pertukaran link dengan blog yang tidak seberapa ini. Terlebih dahulu saya ingin...

Sunday, 8 April 2012

Perniagaan paling menguntungkan di pasar malam

Sebenarnya aku dah tiada idea untuk menulis (maaf guna gantinama aku kali ni). Kalau nak tahu perniagaan apa yang paling menguntungkan tapi paling berisiko di pasar malam, dah tentulah berniaga CD /VCD/DVD cetak rompak. Entri kali ni bukan bermaksud untuk menggalakkan anda semua berniaga barang larangan tersebut, tetapi sekadar ingin berkongsi maklumat. Pendapatan...

Friday, 6 April 2012

Berniaga mengikut kemampuan

Jika nak berniaga, kena ukur kemampuan diri. Kemampuan ni termasuklah dari segi kewangan atau modal, tenaga dan pekerja. Untuk modal, pastikan dengan modal yang ada anda mampu bertahan selama sekurang-kurangnya 3 bulan (Setahun lebih baik). Buka perniagaan hari ini bukan bermakna anda akan dapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus pelanggan. Kadangkala...

Wednesday, 4 April 2012

Tarik pelanggan melalui strategi

Strategi memainkan peranan yang penting bagi menarik pelanggan anda. Tanpa strategi yang berkesan, sukar untuk anda menawan pelanggan. Dibawah ini terdapat beberapa strategi yang boleh anda gunakan untuk memikat pengunjung. Dipetik daripada kenyataan Irfan Khairi - Majalah Solusi Isu 24 Tinggi Kualiti Menjual produk yang berkualiti dapat menjamin...

Monday, 2 April 2012

Peniaga pasar malam tarafnya rendah

Melihat kepada gaya si peniaga yang selekeh, ditambah dengan kenderaan niaga buruk yang mereka gunakan, mesti ramai yang memandang rendah golongan peniaga sebegini. Rata-rata peniaga akan menggunakan kenderaan model lama seperti nissan c20 yang macam nak tercabut pintu dan bonetnya. Saya sendiri tertanya-tanya mengapa mereka yang sudah lama berkecimpung...

Sunday, 1 April 2012

8 cara mengenal skim penipuan

Masa tengah kemas-kemas bilik tadi, saya terjumpa satu risalah mengenai cara untuk mengenal  skim penipuan. Risalah ini diterbitkan untuk Program Celik Kewangan SIDC. Berpandukan ciri-ciri skim penipuan ini anda akan dapat mengenalpasti sama ada suatu skim pelaburan itu adalah sah atau sebaliknya. Ciri 1 : Jaminan pulangan yang tinggi - Untuk...

Saturday, 31 March 2012

Peniaga bebas menguruskan masa

Sebagai peniaga, anda bebas untuk melakukan apa sahaja yang diingini. Anda tidak terikat dengan syarat-syarat pekerjaan. Tiada istilah cuti sakit, cuti kecemasan (emergency leave), kerja lebih masa dan sebagainya. Tetapi harus diingat, sehari anda cuti bermakna sehari anda tiada pendapatan. Cuti yang kerap juga menjadikan anda seorang peniaga yang...

Wednesday, 28 March 2012

Peniaga dan pembeli saling memerlukan

Dalam aktiviti jual beli, Sepatutnya kedua-dua pihak mendapat untung dan bukan di pihak peniaga semata-mata. Apa yang saya maksudkan disini, peniaga tidak harus mengambil keuntungan berlebih-lebihan. Ini dikhuatiri menjadikan rezeki yang diperolehi menjadi haram. Di pihak pembeli, mereka mendapat keuntungan jika harga yang ditawarkan munasabah...

Page 1 of 612345Next

Tinggalkan link anda disini