Buat pengunjung yang dihormati sekalian. Segala coretan yang terkandung didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman penulis berniaga. Ia tidak ditiru atau diambil daripada mana-mana laman web atau blog lain. Jika ada persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak dirancang.

Anda berhak mengambil sebarang artikel disini, tetapi biarlah secara berhemah dengan membuat backlink atau pautan semula ke alamat atau url asal.

Segala tips dan panduan adalah berdasarkan idea penulis sendiri dan tidak semestinya betul dan berjaya diikuti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan pada bahagian komen. Ini hanyalah sebuah blog untuk tujuan perbicangan. Ramai lagi yang arif tentang selok belok perniagaan di luar sana. Sekian..

Sunday, 28 August 2011

Ingin berniaga tapi tiada idea

Jika faktor modal bukan menjadi masalah besar buat anda, maka anda tidak mempunyai masalah untuk berniaga. Yang penting adalah kemahuan, minat dan usaha yang berterusan. Tidak seperti nenek moyang kita dahulu, kita kini dilahirkan didalam dunia yang serba berteknologi. Segala maklumat dapat kita perolehi di hujung jari sahaja. Mungkin hanya masa...

Permohonan lesen penjaja pasar malam

Ini hanyalah contoh lesen Bazar Ramadan Kepada peniaga baru, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk memohon lesen walaupun anda telah mempunyai tapak tetap di sesuatu kawasan. Yang paling utama, adakah produk anda sesuai dijual dikawasan tersebut. Jika lesen sudah dipohon dan anda berjaya mendapatkan lesen tersebut, tetapi jualan kurang memberangsangkan...

Saturday, 27 August 2011

Kreatif memancing pelanggan

Kredit gambar : www.penangonlinedirectory.com Kedudukan tapak juga penting dalam menentukan laris atau tidak barangan yang kita jual. Tapak dibahagian hujung sekali biasanya kurang mendapat sambutan. Pengunjung biasanya malas untuk menghabiskan tinjauan sehingga kebahagian hujung.  Jika barangan yang dijual itu sedikit, susun mengikut...

Pastikan harga barangan mampu dibeli

Kredit gambar: sayafaiz.blogspot.com Pasar malam lebih dikenali sebagai tempat yang menawarkan barangan dengan harga yang murah. Pengguna yang berkunjung juga membawa sejumlah wang yang terhad. Rata-rata pengunjung membawa kurang daripada RM100. Bagi penghuni sekitar kawasan pasar malam pula, mereka kebiasaannya hanya turun untuk membeli barangan...

Kos permulaaan perniagaan pasar malam

Kredit gambar : onenieadvertising.blogspot.com Bagi anda yang bermula dari kosong, berikut saya senaraikan peralatan asas berserta harga setiap satunya 1. kaki meja panjang 6 kaki = RM45 2. papan meja satu set = RM45 3. Payung berserta kaki = RM100 4. Alas meja = RM15 5. Bateri kereta = RM100++ 6. lampu x 2 = RM30 7. Wayar = RM10 ke RM20 8....

Friday, 26 August 2011

Saiz tapak, sistem pengezonan dan kadar sewa

Kredit Gambar : www.malaysiabest.net  Saiz petak pasar malam biasanya sama antara satu pasar malam dengan pasar malam yang lain iaitu 6 kaki x 6 kaki. Namun begitu ada juga pasar malam dengan petak bersaiz 8 x 8. Berkenaan dengan kadar sewaan tapak pula, bergantung kepada penganjur dan persatuan yang terlibat. Kadarnya adalah serendah...

Jangan jadi biskut

Kredit Gambar : safirahahsanuddin.blogspot.com Katakanlah anda sebagai pelanggan telah membeli sebungkus nasi lemak di sebuah gerai. Ternyata nasi lemak tersebut sedap dan harga pula berpatutan. Minggu hadapannya anda ingin membeli lagi sekali dengan peniaga yang sama. Puas anda keliling satu pasar malam tapi tidak berjumpa dengan peniaga tersebut....

Sediakan wang kecil secukupnya

Kredit gambar : Ada Apa Dengan Sepuluh Sen? Wang kecil jangan dianggap remeh. Fenomena yang biasa berlaku dikalangan peniaga bumiputera ialah ketiadaan wang kecil. Disebabkan ketiadaan wang kecil, kita boleh kehilangan pelanggan. Jangan terlalu mengharapkan peniaga lain, mereka juga memerlukan duit kecil untuk kegunaan sendiri. Luangkan sedikit...

Kelemahan pasar malam

Pada entri terdahulu saya ada menulis tentang kelebihan berniaga di pasar malam. Pada entri kali ini pula saya akan nyatakan tentang kelemahan utama perniagaan dengan sistem ini. Melihat kepada imej yang dilampirkan, pasti anda sudah dapat mengagak kelemahan utamanya. Didalam filem, watak-watak masih boleh mengawal machonya ditengah hujan. Tetapi...

Kelebihan pasar malam

Kredit gambar untuk: http://skyangels-travel.com/page.php?10 Seperti mana-mana jenis perniagaan pun, berniaga di pasar malam tetap mempunyai kekurangan. Itu satu hal yang akan saya ceritakan kemudian. Pada posting kali ini, saya ceritakan dahulu kelebihannya. Pasar malam merupakan lubuk emas bagi peniaga khususnya peniaga makanan. Jika anda...

Perniagaan pasar malam

Kredit untuk : http://expathomes.com.my/market-pasar-malam-to-tourists/ Seperti yang telah saya nyatakan pada post terdahulu, saya akan lebih banyak menulis tentang perniagaan pasar malam kerana itu jenis perniagaan yang saya lakukan. Barang apa yang saya niagakan biarlah rahsia. Sejarah berniaga pasar malam ni bermula selepas hari raya aidilfitri...

Memulakan perniagaan

Untuk memulakan perniagaan, persediaan mental perlu diutamakan terlebih dahulu. Disamping bajet, seseorang perlu mengenalpasti risiko dan persaingan jenis perniagaan yang ingin diceburi. Apabila disebut sahaja perniagaan, anda perlu memiliki modal yang mencukupi. Jika anda baru hendak berjinak-jinak dalam dunia ini, cuba elakkan daripada membuat...

Page 1 of 612345Next

Tinggalkan link anda disini